Memaparkan catatan dengan label Projek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Projek. Papar semua catatan

5 Jan 2019

Pengambilalihan Depo Kontena Seberang Prai

Pengambil alihan Depo Kontena Seberang Prai Oleh
Harbour Malaysia Group

Harbour Malaysia Development Sdn Bhd (HMDSB) telah melakar satu lagi sejarah dengan kejayaan mengambil alih sebuah depo kontena di Seberang Perai, Pulau Pinang. Depo Kontena seluas 5 ekar ini akan mula beroperasi secara rasmi di bawah naungan Harbour Malaysia Group (HMG) pada Januari 2019.

Depo ini menempatkan kawasan penyimpanan & pembaikan kontena, gudang dan pejabat pengurusan. Pengambilalihan depo ini mengambil masa yang panjang dan melalui rundingan yang rumit. Alhamdulillah, dengan berkat kesabaran dan perancangan yang teliti oleh CEO, Tuan Johari, urusan yang pelbagai cabaran dan rintangan dapat dicapai dengan jayanya.



Tonton dan perdengarkan video di bawah


Projek ini di letakkan di bawah pihak pengurusan anak syarikat baru Harbour Malaysia Group iaitu Konrep Service Sdn Bhd
Laman web Konrep Service Sdn Bhd sedang di bangunkan --> http://hmkonrep.com

Harbour Malaysia Group (HMG) di bawah pengurusan Tuan Johari Kamarudin selaku Pengarah Urusan akan terus memperluaskan perniagaan perniagaan mereka seterusnya mempertingkatkan ekonomi rakyat malaysia, khusunya kepada para ahli HMG.
Share:

Projek Dan Latar Belakang Syarikat

Harbour Malaysia Group

harbour malaysia group HMG

HARBOUR MALAYSIA GROUP (HMG) merupakan sebuah syarikat 100% bumiputera yang menjalankan perniagaan pembinaan, perkhidmatan, pembuatan, bio-teknologi, import dan eksport. HMG merangkumi 4 buah anak syarikat yang menerajui bidang perniagaan masing masing;

Harbour Malaysia Engineering Construction Sdn Bhd (HMEC)
Harbour Malaysia Development Sdn Bhd (HMDSB)
Harbour Malaysia Trading Sdn Bhd (HMTSB)
HBR Kombucha Venture

harbour malaysia group HMG


harbour malaysia group HMG

harbour malaysia group HMG

harbour malaysia group HMG

HMEC ditubuhkan 14 tahun dahulu setelah dinaiktarafkan daripada syarikat Enterprise yang dikenali sebelum ini sebagai HARBOUR ENTERPRISE (HE). HE adalah satu-satunya syarikat Enterprise Malaysia yang di terajui oleh En. Mohd Johari Bin Kamarudin yang mendapat kepercayaan serta dorongan daripada beberapa syarikat besar di dalam dan luar negara seperti China State Construction Engineering Corporation (CSCEC), China Railway Engineering Corporation (CREC) dan Asia Gateways Construction (AGC).

Surat Tawaran China Railway Engineering Corporation (CSCEC)
sejarah penubuhan syarikat dan projek projek yang pernah di jalanakn oleh Harbour Malaysia Group HMG
sejarah penubuhan syarikat dan projek projek yang pernah di jalanakn oleh Harbour Malaysia Group HMG

Surat Tawaran China Railway Engineering Corporation (CREC)


HE juga telah mendapat mandat serta kepercayaan oleh bank-bank luar negara seperti Bank of China dalam bentuk Bank Letter of Credit Promise sebanyak RM 1 billion serta mendapat pengiktirafan daripada Beijing Municipal Engineering Group Co. LTD. bagi menjalankan projek-projek Mega di Malaysia.




Fund Guarantee Letter dari First Carribean Bank, Cayman Island


HE juga telah mendapat sokongan Kerajaan Malaysia di atas usahasama antara syarikat Malaysia dan syarikat luar negara.


Share:

4 Jan 2019

Projek Pengurusan Pembalakan

Projek Pengurusan Pembalakan

HMG bergiat aktif dalam bidang pembalakan semenjak tahun 2004. Pada tahun tersebut HMP telah diberi kepercayaan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan Batang Padang Selatan Slim River untuk menguruskan satu konsesi pembalakan di Perak. Beliau telah melaksanakan tugasan tersebut dengan cemerlang dan bermula dari situ beberapa koperasi telah memberi kuasa kepada beliau untuk menguruskan permohonan di beberapa kawasan pembalakan di negeri Perak khususnya.




 

Share:

Projek Pembinaan Jambatan Ke 2 Pulau Pinang

Projek Pembinaan Jambatan Ke 2 Pulau Pinang

Di bawah anak syarikat Harbour Malaysia Engineering Construction Sdn Bhd, HMG berjaya mendapat projek di dalam pembinaan jambatan ke 2 Pulau Pinang (Traffic Management Control)

Di bawah adalah sijil sijil yang telah di perolehi sewaktu projek tersebut yang berjalan dari
2013 hingga 2015








*********************************************************

Gambar gambar sewaktu projek pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang

Pengurus Projek En. Asri sedang memberi taklimat kepada semua pemandu ERT dan TMT berkenaan keselamatan pengguna dan pasukantrafik ketika menjalankan tugas.



Pengurus Projek, Tuan Asri bergambar bersama pasukan ERT setelah selesai taklimat. Syarikat memiliki seramai 100 orang pekerja tempatan yang berpengalaman di dalam pengawalan trafik serta memilik CIBD, kursus Keselamatan Jabatan Pertahanan Awam.


Gambar gambar sewaktu projek berjalan






Share:

Baik Pulih Bumbung Feri Pulau Pinang

Projek Pemasangan Baik Pulih Bumbung Feri Pulau Pinang

Harbour Malaysia Group mempunyai kepakaran dalam bidang komposit. Telah diberi kepercayaan oleh Penang Port Sdn. Bhd. pada tahun 2012 untuk membaik pulih dan mengganti bumbung feri Pulau Pinang yang telah usang.

Sebelum ...





Selepas kerja kerja membaik pulih mengganti bumbung feri pulau pinang





Share:

Projek Pembinaan Stesen Minyak Petron

Projek Pembinaan Stesen Minyak Petron Seberang Prai


Pada tahun 2014 Harbour Malaysia Group telah diberi francais untuk mengusahakan stesen minyak PETRON di Penaga, Pulau Pinang. Untuk menjayakan projek ini anak syarikat Harbour Malaysia Development Sdn Bhd telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan projek ini. Stesen minyak ini masih lagi di peringkat mendapat kelulusan pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai, Pulau Pinang. Projek ini ditangguh untuk beberapa tahun kerana pasaran minyak antarabangsa tidak begitu stabil sebelum ini. HMG bercadang meneruskan projek ini pada tahun 2019 memandangkan kerajaan telah menetapkan mekanisma baru dalam ketetapan harga minyak yang lebih stabil dan mantap.

Sebidang tanah seluas 1.078 hektar di Penaga telah dikenal pasti untuk didirikan stesen minyak ini.


Share:

Peluang Pelaburan HMG