5 Jan 2019

Pengambilalihan Depo Kontena Seberang Prai

Pengambil alihan Depo Kontena Seberang Prai Oleh
Harbour Malaysia Group

Harbour Malaysia Development Sdn Bhd (HMDSB) telah melakar satu lagi sejarah dengan kejayaan mengambil alih sebuah depo kontena di Seberang Perai, Pulau Pinang. Depo Kontena seluas 5 ekar ini akan mula beroperasi secara rasmi di bawah naungan Harbour Malaysia Group (HMG) pada Januari 2019.

Depo ini menempatkan kawasan penyimpanan & pembaikan kontena, gudang dan pejabat pengurusan. Pengambilalihan depo ini mengambil masa yang panjang dan melalui rundingan yang rumit. Alhamdulillah, dengan berkat kesabaran dan perancangan yang teliti oleh CEO, Tuan Johari, urusan yang pelbagai cabaran dan rintangan dapat dicapai dengan jayanya.



Tonton dan perdengarkan video di bawah


Projek ini di letakkan di bawah pihak pengurusan anak syarikat baru Harbour Malaysia Group iaitu Konrep Service Sdn Bhd
Laman web Konrep Service Sdn Bhd sedang di bangunkan --> http://hmkonrep.com

Harbour Malaysia Group (HMG) di bawah pengurusan Tuan Johari Kamarudin selaku Pengarah Urusan akan terus memperluaskan perniagaan perniagaan mereka seterusnya mempertingkatkan ekonomi rakyat malaysia, khusunya kepada para ahli HMG.
Share:

Related Posts:

Peluang Pelaburan HMG